- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Tol Jambatan Lanang Dimansuhkan

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Haji Satem secara simbolik melakukan flag off menandakan rasminya tol Jambatan Lanang dimansuhkan.

Setelah mengumumkan pemansuhan tol Jambatan Lanang ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri pada April lalu, kini tol tersebut secara rasmi dimansuhkan hari ini.

Majlis Pemansuhan Tol Jabatan Lanang, Sibu disempurnakan secara rasmi oleh Ketua Menteri pada 24 Mei 2015.

“Pemansuhan tol Jambatan Lanang ini adalah hasil perbincangan bersama dengan Woodville Sdn. Bhd.,” jelas Ketua Menteri di majlis yang turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri YB Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak YB Dato’ Sri Michael Manyin Jawong, Menteri Kewangan II dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Sarawak, YB Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Dato’ Sri Fadillah Yusuf, Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Joseph Entulu Belaun, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat Shin Yang Group of Companies YBhg Tan Sri Datuk Ling Chiong Ho dan kenamaan-kenamaan lain.

Pemansuhan tol di Jambatan lanang dan tol di Jambatan Asean di Miri membabitkan kenderaan yang berdaftar dalam negeri merupakan kejayaan yang dicapai dalam tempoh setahun Adenan berkhidmat sebagai Ketua Menteri.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article