- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sidang Media Bagi Sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14

Must read

Majlis persidangan media bagi sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dipengerusikan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah (tengah) di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya Kuching.

Turut hadir pada persidangan media ialah, (dari kiri) Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Encik Zainal Taram, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri/Menteri Muda Kerajaan Tempatan Sarawak, YB Datuk John Sikie Tayai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, YBhg Datu Haji Misnu Haji Taha, Residen Bahagian Mukah, Tuan Haji Mohd Supaih Hamdan.

Sempena dengan perayaan tersebut, akan diadakan tiga acara tonggak  iaitu yang pertama ialah Majlis Kesyukuran pada 5 Jun bertempat di Masjid Setia Raja, Mukah. Acara tonggak yang kedua ialah Majlis Jamuan Teh yang akan diadakan pada 6 Jun bertempat di Dewan Suarah Mesra, Mukah. Acara tonggak ketiga ialah Pameran Raja Kita yang akan berlangsung pada 6 hingga 7 Jun di perkarangan Dewan Suarah Mesra, Mukah.

Sambutan perayaan hari Keputeraan Seri Baginda Yang Dipertuan Agong ke-14 peringkat negeri Sarawak akan berlangsung pada 5 hingga 6 Jun 2015 bertempat di Dewan Suarah Mesra, Mukah.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article