- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Iktiraf Sumbangan Perdana Menteri kepada Pembangunan Negeri Sarawak

Must read

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya pada 4 Jun 2015 dengan dihadiri oleh ribuan rakyat membuktikan Sarawak yang diterajui oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem mengiktiraf bahawa sumbangan yang diberikan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Abdul Razak terhadap pembangunan di negeri Sarawak adalah yang terbesar jika dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin sebelum ini.

Perdana Menteri, YAB Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika berucap turut memaklumkan beliau akan berunding dengan Ketua Menteri Sarawak untuk membincangkan tentang penurunan kuasa autonomi kepada Sarawak yang dirasakan sudah tiba masanya kuasa tersebut (dalam bidang tertentu) diperturunkan kepada jabatan-jabatan kerajaan negeri.

Dalam perkembangan lain, YAB Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Abdul Razak turut memaklumkan permintaan royalti minyak dan gas daripada Sarawak masih dalam pertimbangan  dan semakan.

Mengenai Lebuh Raya Pan Borneo, beliau turut menyatakan lebuh raya tersebut akan dibina mengikut piawaian antarabangsa iaitu “Super Highway” untuk keselesaan rakyat di Sarawak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article