Timbalan Ketua Pengarah Pesuruhjaya (Pengurusan & Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) YBhg Dato’ Sri Haji Zakaria Haji Jaffar memotong riben sebagai tanda perasmian Kompleks Pejabat SPRM Sarawak di majlis yang diadakan pada 10 Jun 2015.
Turut kelihatan ialah Pengerusi Jawatankuasa Aduan SPRM Sarawak YBhg Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot (kiri) dan Pengarah SPRM Sarawak YBhg Datu Badrul Shah Norman (kanan).
Bangunan bernilai RM24.33 juta itu yang terletak di Jalan Laksamana Cheng Ho, Kuching dibina pada 14 September 2012 dan diserahkan kepada SPRM Sarawak pada 16 Mei 2014.