YBhg Puan Sri Datin Amar Hajah Saptuyah (memegang bendera) merangkap Pengerusi MAKSAK Wanita Negeri Sarawak, bersedia melakukan Flag-Off para peserta Amazing Race 2015 di perkarangan Muzium Sarawak, Sabtu lepas.
Sukan “Amazing Race” dipilih sebagai acara tahunan atau signature event dalam kalender MAKSAK Wanita.
Pemilihan tersebut adalah hasil saranan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani kerana pertandingan tersebut menerima sambutan yang menggalakkan daripada ahli Kelab Gabungan sejak ianya dianjurkan pada tahun 2012 dan 2014.
Pada pertandingan kali ini seramai 30 penyertaan yang melibatkan 150 orang (lima orang dalam setiap kumpulan) dari Kelab Gabungan MAKSAK termasuk penyertaan dari pejabat-pejabat bahagian.
Antara lain tujuan penganjuran acara sukan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli-ahli MAKSAK Wanita di samping mempromosikan gaya hidup yang sihat dengan bersukan.
Di samping itu juga, para peserta dapat menambah ilmu pengetahuan tentang sejarah dan keunikan negeri Sarawak menerusi pertandingan yang bermula di perkarangan Muzium Sarawak dan melalui tempat seperti Tugu Pahlawan, Padang Merdeka, kawasan Jalan India, Jalan Gambir, kawasan bangunan Mahkamah Lama, Jalan Main Bazaar dan juga Tebingan Kuching.