Pengerusi Petronas, YBhg Tan Sri Sidek Hassan menyerahkan sumbangan dana berjumlah RM90 juta kepada Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem pada 1 Julai 2015 di sebuah hotel terkemuka di Kuching.
Sumbangan daripada Petronas sebanyak RM90 juta kepada Sarawak menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) adalah untuk tujuan pembangunan projek-projek di Sarawak bagi tempoh lima tahun bermula dari tahun 2015 hingga 2019.
Syarikat tersebut terus berusaha untuk memperkasakan negeri dan masyarakat di Sarawak melalui inisiatif-inisiatif lestari yang berteraskan kepada tiga fokus utama iaitu pendidikan, kebajikan dan pembangunan masyarakat serta pemuliharaan alam sekitar.
Turut hadir menyaksikan penyerahan sumbangan itu ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Speaker Dewan Undangan Negeri, YB Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Awang Nasar dan Naib Presiden Petronas Sektor Huluan Malaysia, YBhg Datuk Mohd Anuar Taib.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
You must sign in to vote