Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani menyampaikan Surat Pelantikan Kenaikan Pangkat kepada salah seorang penerima sambil disaksikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal (tiga, kiri).
Turut kelihatan ialah Setiausaha Persekutuan Sarawak YBhg Datuk Hj Md Yahaya Basimin (kiri) dan Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sarawak YBhg Datu Abdul Ghafur Shariff (empat, kiri).
Seramai 101 orang pegawai Kerajaan Negeri telah menerima surat pelantikan tersebut pada majlis ringkas yang diadakan di sebuah hotel di Kuching pada 3 Julai 2015.
Pegawai-pegawai tersebut adalah kumpulan pertama yang telah melalui proses kenaikan pangkat melalui ‘Career Progression framework’ yang telah ditetapkan oleh Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.