Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Dato’ Sri Raghad Kurdi Taib menyampaikan sumbangan Hari Raya daripada Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) kepada kira-kira 100 orang penerima yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan yang kurang berkemampuan, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan OKU pada Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Isyak dan Sunat Terawih Berjemaah di Astana Negeri pada 13 Julai 2015.
Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Yang di-Pertua MAKSAK Sarawak YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan isteri, Puan Sri Datin Amar Hajah Sabtuyah Haji Suib.