Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menghadiri majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Jabatan Ketua Menteri yang diadakan di Bangunan DUN Lama, Petra Jaya, Kuching pada 28 Julai 2015.
Hadir sama ialah isteri TYT Yang Dipertua Negeri Toh Puan Raghad Kurdi Taib, Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem dan isteri YABhg Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah Haji Anu, Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu anak Numpang, Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani serta beberapa orang menteri dan menteri muda kabinet negeri.