- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Must read

Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan komuniti Sarawak, YB Dato Sri Wong Soon Koh menyerahkan cek serta Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Encik Pius Marcellius Liang dari Majlis Daerah Dalat dan Mukah.

Sejumlah 227 orang  pegawai dan kakitangan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti (LGCD) serta PBT telah dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 yang telah diadakan di Dewan Suarah Mesra Mukah baru-baru ini (29 Julai 2015).

YB Dato Sri Wong Soon Koh di dalam ucapannya berkata, majlis yang diadakan ini merupakan satu platform untuk memberi pengiktirafan kepada kakitangan-kakitangan yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang sepanjang tahun 2014.

Sehubungan itu, beliau berkata, untuk dapat melahirkan pekerja yang hebat dan cemerlang, semuanya perlu bermula dengan diri kita sendiri disamping memperlengkapkan diri dengan kemahiran dan ilmu bagi mendepani sebarang cabaran yang bakal ditempuhi.

Beliau berharap, penganugerahan ini akan menjadi pendorong kepada warga Kementerian dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk terus memberikan sumbangan dan berusaha mempertingkatkan produktiviti dan mutu kerja yang berkualiti tinggi serta menghasilkan perkhidmatan yang terbaik.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Muda Pembangunan Komuniti dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian, YB Datuk Peter Nansian Ngusie, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Minggu Pembangunan Komuniti dan Inovasi LGCD dan PBT Sarawak, YBhg. Datu Dr. Penguang Manggil.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article