- Advertisement -spot_img
4,846
published news
and counting

Program Senaman Kesihatan dan Gotong Royong

Must read

Acara simbolik mengecat dilakukan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan & Pembangunan Komuniti (LGCD), YBhg Datu Dr. Penguang Manggil (pertama dari kanan) dengan disertai oleh ADUN N51, Balingin YB Yusibnosh Balo (kedua dari kanan).

Ia adalah sebahagian daripada program senaman kesihatan dan gotong royong  sempena Minggu Pembangunan Komuniti dan Inovasi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti (LGCD) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Sarawak telah diadakan pada 31 Julai 2015, bertempat di Dataran Pehin Setiaraja Mukah.

Antara objektif program adalah untuk mengukuhkan kerjasama antara persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi awam dan swasta bersama komuniti setempat malah sebagai landasan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri para peserta sebagai komuniti untuk terus memberi sumbangan kepada Negara.

Program ini merupakan anjuran kerjasama antara Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti (LGCD) bersama Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article