- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Karnival 1Pesara@Sarawak 2015

Must read

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal menyampaikan Anugerah Tokoh 1Pesara kepada salah seorang penerima, Puan Anisah Hussain pada Majlis Perasmian Karnival 1Pesara@Sarawak 2015 di Dewan Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kompleks Islam Sarawak, Kuching pada 4 Ogos.

Turut kelihatan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani (kiri) dan Setiausaha Persekutuan Sarawak YBhg Datuk Haji Md Yahaya Basimin (tiga dari kiri).

Karnival dan pameran bertemakan ‘Pesara Sejahtera, Generasi Terpelihara’ anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak telah diadakan buat julung kalinya di Sarawak.

Objektif penganjuran karnival adalah untuk mendekati golongan pesara sektor awam serta memaklumkan tentang program-program inisiatif 1Pesara seperti pengurusan kewangan dan pembangunan keusahawanan, francais, kelangsungan kesihatan dan panduan bekerja semula.

Majlis perasmian juga menyaksikan Pra-pelancaran Program Sukarelawan Senior (SVP), Penyampaian Sijil Faedah Pesaraan dan Faedah Terbitan, Penyampaian Tokoh 1Pesara.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article