Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen PUSTAKA sempena Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia Ke-21 (SPASM) telah disempurnakan oleh Setiusaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani. Turut sama, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Puan Hajah Rashidah Haji Bolhassan bertempat di Lobi Wisma Bapa Malaysia pada 5 Ogos 2015.
Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia ke-21 (SPASM) akan berlangsung dari 7 hingga 11 Ogos 2015 di beberapa lokasi di sekitar Kuching dengan penyertaan 13 buah Kontinjen seluruh Malaysia di dalam 10 jenis acara sukan terpilih.