Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak, YBhg Tan Sri Datuk Amar Dr Hamid Bugo merasmikan acara Sukan Perpustakaan Awam Se-Malaysia (SPASM) Ke-21 pada 8 Ogos 2015 yang diadakan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching.
Bertemakan Segulai Sejalai, acara tersebut melibatkan 500 ahli kontijen dari 13 buah negeri termasuk Sarawak yang terdiri daripada semua kakitangan dari perpustakaan awam di seluruh Malaysia dengan 10 jenis sukan yang dipertandingkan
Turut hadir pada majlis perasmian tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawk merangkap Pengerusi Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia, Puan Hajah Rashidah Haji Bolhassan.