Timbalan Perdana Menteri yang baru dilantik YB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem melambai kepada para hadirin yang hadir di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Sukarelawan (RELA) di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching pada malam 7 Ogos 2015.
Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu anak Numpang serta beberapa orang menteri kabinet persekutuan dan negeri yang lain.
Dalam ucapan beliau pada majlis itu, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri mengotakan janji untuk menumpukan perhatian kepada pembangunan di kawasan pedalaman Sarawak dalam usaha mengenal pasti keperluan rakyat.