- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Lawatan Ke Tapak Projek National Key Economic Area (NKEA) Di Kampung Stabut, Siburan

Must read

Gambar menunjukkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, YB Datuk Amar Douglas Unggah Embas menyukat ukur lilit pokok getah ketika mengadakan lawatan ke tapak Projek Rubber Block Planting (RBP) di Kampung Stabut, Siburan pada 3 September 2015.

Projek RBP atau dikenali sebagai projek Tanaman Baru Getah Berkelompok (NKEA Getah) telah dilaksanakan di kampung tersebut yang mempunyai tapak projek seluas 122 hektar dengan jumlah 119 orang peserta.

Kos untuk membangunkan projek RBP ini adalah sebanyak RM1.6 juta dengan pecahan peruntukan daripada Pembangunan Ladang dan Penyelenggaraan sebanyak RM1.5 juta dan pembekalan Bahan Tanaman berjumlah RM187, 745,00.Tempoh kontrak tersebut adalah dari 13 Februari 2013 hingga 12 Ogos 2018 dengan tempoh masa lebih kurang 5 tahun.

Semasa Sidang Media, YB Datuk Amar Douglas Unggah Embas memaklumkan bahawa, dalam pembentangan bajet 2015 pada 10 Oktober 2014 tahun lepas, pihak kerajaan telah mengumumkan peruntukan awal dana sebanyak RM100 juta untuk Insentif Pengeluaran getah (IPG).

Selanjutnya, pada 17 Oktober 2014, Kerajaan telah bersetuju menggunakan mekanisme pelaksanaan IPG yang telah berkuatkuasa pada bulan Januari 2015.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article