- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Setiausaha Kerajaan Negeri Merasmikan Asean China Entrepreneurs Conference 2015

Must read

Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani meneliti sarang burung yang telah diproses ketika meninjau booth pameran setelah beliau merasmikan Asean China Entrepreneurs (ACE) Conference 2015 di salah sebuah hotel di Kuching pada 10 September.

Beliau diiringi Timbalan Pengerusi Penganjur persidangan Encik Michael Leong (kiri). Turut kelihatan ialah Penasihat Asean China Entrepreneurs YB Senator Prof. Datuk Dr. Sim Kui Hian (tiga, kiri) dan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) YBhg Tan Sri Datuk Rebecca Fatima Sta Maria.

Persidangan dua hari anjuran Sarawak Entrepreneur Association (SEA) dengan kerjasama Unimas University Community Transformational Centre (UCTC) dan FAME International College diadakan bertujuan untuk menjalinkan hubungan antara usahawan tempatan dan luar, berkongsi maklumat, meneroka peluang perniagaan dan mewujudkan perdagangan dua hala bagi mengembangkan perniagaan Asean dan China.

Seramai 270 delegasi dari dalam dan luar negara menyertai persidangan berkenaan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article