- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Di Kampung Terbat Leban

Must read

Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di kampung Terbat Leban, Bunan Gega di Daerah Serian pada 26 September yang lepas.

Kehadiran beliau disambut oleh Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Seri Richard Riot anak Jaem yang juga Ahli Parlimen P.199 Serian, Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam, YB. Datuk Michael Manyin ak. Jawong.

Beliau turut diiringi Manteri Pelancongan dan Menteri Perumahan, YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid di dalam ucapannya berkata, beliau menyedari hakikat bahawa rakyat negeri ini khususnya masyarakat luar bandar sangat dahagakan pembangunan dan disebabkan itu, mereka harus dibantu.

Beliau berasa kagum terhadap kepimpinan negeri Sarawak atas semangat perpaduan kuat mereka yang sentiasa mengetepikan perbezaan agama dan bangsa dalam memimpin negeri ini.

Dalam majlis yang sama, beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM300 ribu bagi projek pembangunan di Daerah Serian termasuk menaik taraf dewan Kampung Terbat serta membeli peralatan yang diperlukan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article