- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Majlis Penyerahan Tugas Pentadbiran Baru Bahagian Serian

Must read

Peristiwa Bersejarah… Pentadbiran Baharu Bahagian Serian dengan rasminya bermula pada 1 Oktober 2015 dengan menyaksikan Penyerahan kuasa daripada Residen Bahagian Samarahan, Abdul Rahman Sebli Sanusi (kiri) dan Residen Bahagian Kuching, Shukarmin Chasemon (kanan) kepada Residen Bahagian Serian, Dahim Nadot (tengah) dengan menandatangani Nota Penyerahan Tugas Pentadbiran Baharu Bahagian Serian.

Serentak dengan itu, Dahim Nadot telah diumumkan sebagai Residen Bahagian Serian. Pengumuman telah dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani di Dewan Masyarakat Serian.

Manakala dua buah daerah iaitu daerah Tebedu dan daerah Serian yang terletak di dalam Bahagian Serian akan ditadbir oleh Pegawai Daerah Tebedu, Suhandi Tugiman manakala  Pegawai Daerah Serian kekal ditadbir oleh Sinde Muling.

Perubahan ini menurut Setiausaha Kerajaan Negeri bakal merancakkan pembangunan di kawasan luar bandar dan mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan di Bahagian tersebut.

Serian merupakan bahagian ke-12 di Sarawak dengan keluasan dianggarkan sekitar 2,387km persegi dan kawasan pentadbiran yang merangkumi Daerah Serian, Daerah Tebedu dan Daerah Kecil Siburan. Bahagian Serian didiami majoriti masyarakat Dayak Bidayuh Sadong dan Biatah.

Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem telah mengisytiharkan Serian sebagai Bahagian Ke 12 ketika Festival Birumuh pada 11 April 2015 yang menyaksikan daerah Serian dan daerah kecil Tebedu serta daerah kecil Siburan (ketika itu) akan membentuk Bahagian Serian.

Turut hadir sempena Majlis Penyerahan Tugas Pentadbiran Baharu Bahagian Serian ialah Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Seri Richard Riot Jaem yang juga Ahli Parlimen P.199 Serian, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan, YB. Datuk Michael Manyin Jawong, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, YB Datuk Roland Sagah Wee Inn, Menteri Muda Perancangan Sumber, YB Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais, Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak, YB Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, (Pentadbiran, Keselamatan dan Hal Ehwal Korporat), YBhg Datu Haji Misnu Haji Taha dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Operasi), YBhg Datu Ose Murang.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article