Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta Kursus Sijil Profesional Pengurusan dan Intervensi Krisis Tahap 1 Zon Sarawak setelah merasmikan majlis penangguhan kursus tersebut.
Turut kelihatan ialah (dari kiri) Pengarah Unit Sumber Manusia Negeri Jabatan Ketua Menteri (SHRU) Dr. Sabariah Putit dan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia YBhg Dato Dr. Halim Mohd Hussin.
Seramai 38 orang peserta terdiri daripada ahli Panel Pengamal atau Community of Practice (CoP) dari pelbagai agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi awam dan swasta telah mengikuti kursus anjuran bersama Unit Sumber Manusia Negeri Jabatan Ketua Menteri dan Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dari 5 hingga 8 Oktober 2015 di Kuching.