- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Negara ke Kuching

Must read

Ketua Setiausaha Negara YBhg Tan Sri Dr Ali Hamsa tiba di Lapangan Antarabangsa Kuching untuk menghadiri lawatan kerja rasmi ke Kuching bermula dari 16 Oktober hingga 18 Oktober 2015 sempena Seminar Bersama Ke-7 bagi Pemimpin Perkhidmatan Awam Malaysia dan Singapura serta Program Sukan Perkhidmatan Awam ke-38.

Beliau yang mengetuai delegasi Malaysia seramai 45 orang merangkumi Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Agensi Pusat, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai kanan perkhidmatan awam Malaysia.

Delegasi Singapura pula diketuai oleh Ketua Perkhidmatan Awam Tan Sri Peter Ong bersama 29 orang pegawai merangkumi Setiausaha Tetap, Ketua Badan Berkanun dan pegawai kanan Perkhidmatan Awam Singapura.

Seminar yang bertemakan Productivity and Innovation:Unleashing Public Sector Potential for Greater Success akan berlangsung 17 Oktober 2015 di Hotel Pullman, Kuching.

Sukan Perkhidmatan Awam ke-38 menyaksikan pertandingan persahabatan di antara kedua negara dalam sukan bowling dan golf. Acara sukan ini dianjurkan secara bergilir antara Malaysia dan Singapura sejak tahun 1973 yang pertama kali diadakan di Kuala Lumpur.

Turut hadir bersama Isteri Ketua Setiausaha Negara YBhg Puan Sri Rohani Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Dato’ Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, Setiausaha Persekutuan Negeri Datuk Md Yahaya Basimin dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article