Sesi bergambar bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani sebelum Pertandingan Golf Persahabatan sempena Sukan Perkhidmatan Awam Ke-38 bermula.
Pertandingan golf persahabatan yang diadakan pada 17 Oktober di Kelab Golf Sarawak ini dengan menyaksikan pertemuan di antara delegasi dari Malaysia dan Singapura dilihat akan dapat mengukuhkan hubungan dua hala antara kerajaan Malaysia dan Singapura dalam Sektor Perkhidmatan Awam.
Sukan Perkhidmatan Awam antara Malaysia dan Singapura diadakan secara bergilir-gilir dan pertama kalinya ia telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1973.