Ketua Setiausaha Negara, YBhg Tan Sri Dr. Ali Hamsa mewakili delegasi Malaysia manakala Ketua Perkhidmatan Awam Singapura merangkap Setiausaha Tetap (Kementerian Kewangan) dan Setiausaha Tetap Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, YBhg Tan Sri Peter Ong mewakili delegasi Singapura memulakan acara pertandingan persahabatan dalam sukan boling di Megalanes, Kuching pada 17 Oktober yang lepas.
Acara sukan ini yang dianjurkan secara bergilir antara Malaysia dan Singapura dengan pertama kali diadakan di Kuala Lumpur sejak tahun 1973.