Majlis Perasmian Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak 2015 yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal (lima, kiri) bertempat di salah sebuah hotel di Kuching pada 19 Oktober.
Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Operasi) YBhg Datu Ose Murang, Setiausaha Persekutuan Sarawak YBhg Datuk Haji Md Yahaya Basimin dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri YBhg Datu Abdul Ghafur Shariff.
Pelbagai program diadakan sepanjang minggu sambutan antaranya ialah persidangan inovasi, pameran, seminar, kembara inovasi dan aktiviti berbasikal serta konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).