- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Majlis Penyampaian Sijil Pentauliahan SCS-PSP

Must read

Pengarah Unit Sumber Manusia Negeri (USMN) Dr. Sabariah Putit yang mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani menyampaikan sijil kepada salah seorang daripada 38 orang pegawai yang menerima sijil pentauliahan Program Sokongan Pekerja Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SCS-PSP) pada Majlis Penutupan Hari Psikologi di Wisma Bapa Malaysia, Kuching pada 20 Oktober 2015.

Turut kelihatan ialah Pengarah Jabatan Hutan Sarawak Haji Sapuan Ahmad (kiri) dan Ketua Bahagian Perkhidmatan Sokongan Pekerja USMN Riziandy Nawawi (tiga, kiri).

Program SCS-PSP yang berkonsepkan rakan membantu rakan diharap dapat membantu penjawat-penjawat awam dalam mengimbangi kehidupan peribadi dan kerjaya, mengurus tekanan dengan bijak serta meningkatkan potensi diri ke tahap optimum dalam menghadapi cabaran dalam perubahan alam pekerjaan.

Kesemua pegawai yang menerima sijil tersebut telah selesai menjalani Program Sokongan Pekerja (PSP) Peringkat 1 dan Peringkat 2 serta mengikuti Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dianjurkan oleh USMN.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article