- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

Majlis Pelancaran Minggu Alam Sekitar Malaysia

Must read

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar telah merasmikan Majlis Pelancaran Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) Peringkat Negeri Sarawak 2015 bertempat di Medan Niaga Satok, Kuching pada 31 Oktober 2015.

Bertemakan “Ya, Teruskan Gaya Hidup Lestari!”, MASM 2015 adalah hasil kerjasama strategik Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)  Sarawak, Jabatan Pendidikan Negeri, Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd dan Sarawak Energy Berhad.

Penganjuran program adalah bertujuan untuk  menerap kesedaran alam sekitar kepada masyarakat, meningkat kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam pengurusan alam sekitar dan kerjasama antara semua pihak.

Pada majlis tersebut, buat julung kalinya Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) telah diperkenalkan yang akan menjadi “Mata & Telinga” bagi membantu JAS memantau, menguatkuasa dan menyelesaikan masalah alam sekitar secara pantas  menerusi pendekatan pengesanan sebelum aduan dan pasukan tersebut dianggotai oleh 10 ke 15 anggota dari setiap Kawasan Parlimen.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article