Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem menyiram anak pokok sebagai tanda simbolik perasmian Hari Integriti SEDC 2015.
Turut kelihatan ialah Menteri Muda Pelancongan Sarawak dan Pengerusi SEDC, YB Datuk Haji Talib Zulpilip (kanan), YB Datuk Peter Nansian ak. Ngusie (pertama,kiri) dan Tuan Haji Soedirman Haji Aini.
Bertemakan “Berintegriti Budaya Kita”, hari integriti SEDC 2015 menggariskan beberapa objektif antaranya adalah untuk menghargai sokongan dan sumbangan pelbagai pihak dalam usaha pemantapan integriti SEDC.
Selain itu, ia sebagai platform untuk berkongsi pengalaman SEDC dalam membangunkan budaya integriti yang mendokong usaha-usaha kerajaan dalam mempromosikan budaya integriti dan ketelusan secara menyeluruh dalam sektor awam dan swasta.
Ini termasuklah berkongsi maklumat serta idea-idea baharu untuk mengukuh serta memantapkan lagi inisiatif-inisiatif Integriti SEDC.