- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Majlis Pelancaran Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia (BKK1M)

Must read

Isteri Ketua Menteri Sarawak, YABhg Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah Haji Anu melakukan acara simbolik Pelancaran Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia (BKK1M) yang seterusnya melancarkan setem dan poskad “Saya Sayang Keluarga Saya” pada 7 November di Kuching.

Turut kelihatan ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, YB Dato Sri Rohani Abdul Karim (kiri, keempat), Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah (ketiga) dan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), YBhg Dato’ Dr Siti Norlasiah Ismail (kedua).

YABhg Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah dalam ucapan amanat beliau menjelaskan Sarawak adalah contoh terbaik bagi menunjukkan kesepaduan masyarakat berbilang kaum.

Tambah beliau, institusi kekeluargaan juga merupakan tonggak utama dalam memastikan kemajuan sesebuah negara sementara keluarga adalah asas pembentukan masyarakat yang progresif dan berdaya saing.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article