- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Ulang tahun ke-12 Sarawak Forestry Corporation

Must read

Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem menerima cenderahati daripada Pengerusi Sarawak Forestry, YBhg Datu Dr. Haji Yusoff Hanifah pada Majlis Makan Malam Sambutan Ulangtahun ke-12 Sarawak Forestry di salah sebuah hotel terkemuka di Kuching pada 6 November 2015.

Dalam ucapan YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Hj Adenan berkata, rakyat harus melihat hutan semulajadi sebagai satu kekayaan yang tidak dapat ditukar ganti dan bukannya sebagai punca sumber kayu sahaja.

Segala kegiatan kemusnahan hutan, menurut beliau perlulah dihentikan. Pada perkara berkaitan, Pengerusi Sarawak Forestry, YBhg Datu Dr. Haji Yusoff Hanifah turut memaklumkan bahawa Sarawak Forestry telah melaksanakan Projek Pusat Pematuhan Sehenti (OSCC) di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri sebagai tempoh percubaan sejak April hingga Jun tahun ini.

Tindakan tersebut telah menunjukkan keberkesanan dalam memantau kelulusan royalti dan pergerakan balak yang akan dilaksanakan secara berperingkat OSCC akan dilaksanakan  berperingkat pada tahun 2016 bermula dengan 24 OSCC di seluruh negeri.

Menurut beliau lagi, kerajaan telah meluluskan lebih RM30 juta kepada Sarawak Forestry bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) membuktikan yang Sarawak Forestry telah mendapat kembali kepercayaan dan keyakinan kerajaan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article