- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sidang Media Hari Perkhidmatan Awam 2015

Must read

Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani menunjukkan kepada media tema perhimpunan Hari Perkhidmatan Awam 2015, ‘Leadership & Taking Charge: Make a Difference’ pada sidang media yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching BCCK pada 13 November.

Turut kelihatan ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran, Keselamatan dan Hal Ehwal Korporat) YBhg Daru Haji Misnu Haji Taha (dua, kiri), Pengarah Unit Sumber Manusia Negeri Jabatan Ketua Menteri YBhg Dr. Sabariah Putit dan Pengarah Unit Pemodenan Perkhidmatan Negeri (UPPN) Jabatan Ketua Menteri Encik William Patrick Nyigor.

Hari Perkhidmatan Awam 2015 akan dirasmikan oleh Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem yang akan turut menyampaikan amanat kepada lebih kurang 7,000 penjawat awam negeri dan persekutuan di Sarawak di BCCK pada 18 November ini.

Perhimpunan tahun ini akan menyaksikan dua anugerah baharu diperkenalkan iaitu Anugerah Kecemerlangan Penguatkuasaan (AKP) dan Anugerah Pengurusan Aduan (APA).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article