Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Dato’ Haji Arifin Che Mat yang diiringi Pengarah JPJ Negeri Sarawak Encik Ibrahim Othman (tengah) melakukan simbolik penyerahan kenderaan penguatkuasa JPJ pada Majlis Penyerahan Kenderaan Penguatkuasa JPJ Negeri Sarawak di perkarangan Kompleks JPJ Sarawak, Jalan Kuching-Serian pada 15 Disember 2015.
Sebanyak 19 buah kenderaan iaitu lapan buah Honda CRV, 10 buah kenderaan pacuan empat roda model Ford Ranger dan sebuah van Ford Transit diserahkan kepada JPJ Sarawak bagi tujuan mempertingkat aktiviti rondaan, penguatkuasaan dan pemantauan dengan lebih efektif dan efisyen.