Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 1437 H / 2015 M yang diadakan di Dataran Sibu, Sibu pada 12 Rabiulawal 1437 Hijrah bersamaan dengan 24 Disember 2015.
Sejumlah 104 kontinjen dengan 6,703 peserta telah mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul tersebut. Bagi kategori Jabatan, Agensi Kerajaan dan badan Berkanun ia melibatkan sejumlah 51 kontinjen dengan 2,590 orang perserta.
Perarakan Maulidur Rasul dimulakan dengan diketuai oleh Tuan Yang Terutama, Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang bin Mohd Nor.