- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Program Sejiwa Senada 2016 Menjelajah Ke 6 Lokasi

Must read

Program Sejiwa Senada 2016 yang bertemakan “Kerajaan Bersama Rakyat” akan menjelajah ke enam (6) lokasi di negeri Sarawak bermula dari 8 Januari 2016 di Miri dan akan berakhir pada 6 Mac 2016 di Kapit. Antara lokasi yang lain adalah di Sibu, Mukah, Sarikei dan Saratok.

Perasmian program Sejiwa Senada di lokasi pertama yang bertempat di Miri akan dirasmikan oleh Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem pada 9 Januari akan datang.

Program Sejiwa Senada adalah salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan dengan cara “turun padang” sebagai satu usaha untuk mengeratkan lagi kerjasama dan hubungan mesra dengan rakyat.

Program yang turut melibatkan badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat swasta ini bermatlamat untuk meningkatkan keyakinan rakyat kepada kerajaan selain memperkenalkan penyampaian perkhidmatan-perkhidmatan utama kerajaan kepada rakyat.

Demikian menurut Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan, YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg ketika mempengerusikan sidang media di Wisma Bapa Malaysia pada 4 Januari 2016.

Sidang media tersebut turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi  Abdul Ghani, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Operasi), YBhg Datu Ose Murang, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran, Keselamatan dan Hal Ehwal Korporat), YBhg Datu Haji Misnu Bin Haji Taha serta Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri di Jabatan Ketua Menteri, Encik Bakrie Zaini.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article