- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Sarawak Negeri Terbaik Dalam Pengurusan Banjir Di Malaysia

Must read

Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merakam gambar bersama  Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem,  Timbalan Ketua Menteri, YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim setelah selesai sesi taklimat Bencana Banjir yang diadakan di Wisma Bapa Malaysia pada 5 Januari 2015.

Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kerajaan Negeri Sarawak telah menggunakan beberapa pendekatan seperti pembinaan empangan dan baraj yang tidak pernah digunakan oleh mana-mana negeri di semenanjung Malaysia dan Sabah sehingga ianya telah dapat menyelesaikan sebahagian besar masalah banjir.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak telah diiktiraf sebagai penerima Gold Star Award dan anugerah tersebut akan disampaikan oleh beliau sendiri pada suatu majlis yang akan diadakan selepas ia ditetapkan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article