- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Majlis Penyerahan Bantuan Membaik Pulih Rumah Pesara

Must read

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) YBhg Dato’ Jalil Marzuki (kanan) menyempurnakan Majlis Penyerahan Membaik Pulih Rumah Pesara kepada penerima, Encik Ali Satem (kiri) dari Kampung Semariang Jaya, Kuching pada 22 Januari 2016.

Yang turut hadir ialah Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri (SIMU), Jabatan Ketua Menteri Encik Bakrie Zaini, Pengarah Unit Sumber Manusia Negeri (SHRU) Jabatan Ketua Menteri Dr. Sabariah Putit dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak YS PKPjB Nor Hisham Mohammad.

Majlis diadakan sebagai melaksanakan hasrat untuk membantu membaik pulih 10 rumah pesara-pesara kerajaan di Sarawak yang telah dipilih seperti yang disuarakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ketika beliau menyampaikan ucapan perasmian Karnival 1Pesara@Sarawak di Kuching pada 4 Ogos tahun lepas.

Bantuan yang diterajui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tersebut dilaksanakan melalui inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan kerjasama dari SIMU, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Kementerian Kewangan Malaysia serta dua agensi pelaksana, iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak dan Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sarawak.

Objektif pelaksanaan tersebut adalah untuk membantu meningkatkan kesejahteraan hidup pesara-pesara kerajaan yang dikategorikan sebagai miskin tegar dan miskin dengan membaik pulih rumah mereka bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat, selesa dan memastikan kehidupan generasinya terpelihara.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article