- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sambutan Hari RELA Ke-44 Peringkat Kebangsaan 2016

Must read

Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem memakaikan pangkat Timbalan Pesuruhjaya RELA (Kehormat) kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani pada Majlis Sambutan Hari RELA Ke-44 di Dataran Sibu pada 30 Januari lepas.

Sejumlah lebih daripada 10,000 orang terdiri daripada warga Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), pemimpin dan penduduk tempatan telah membanjiri dataran Sibu untuk bersama-sama memeriahkan sambutan hari RELA tersebut.

Sambutan hari RELA ke-44 pada tahun ini amat bermakna apabila YAB Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada RELA negeri Sarawak bagi menyediakan pakaian seragam lengkap untuk 332,000 anggota setakat ini.

Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem turut mengumumkan peruntukan sejumlah RM4 juta kepada RELA bagi tujuan yang sama selain sebagai menghargai sumbangan serta pengorbanan mereka dalam membantu masyarakat.

Sempena sambutan Hari RELA ke-44 itu, selain Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani dianugerahkan pangkat Timbalan Pesuruhjaya RELA (Kehormat), penerima lain ialah isteri Ketua Menteri Sarawak, YBhg. Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah binti Haji Anu dan Speaker Dewan Undangan Negeri, YB Datuk Amar Hj Mohamad Asfia Awang Nasar.

Selama dua hari berada di bandar Sibu, YAB Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menyempurnakan beberapa acara penting seperti Majlis Penutupan Program Siswa Komuniti Sarawak (SKS) di Rumah Panjang Bungan, Batu 8, Jalan Oya, menghadiri Majlis Makan Malam di Dewan Suarah. mengikuti Walkabout di Pasar Sentral Sibu dan mengadakan Taklimat dan Lawatan Rasmi Ke Sekitar Universiti Kolej Teknologi Sarawak di Universiti Kolej Teknologi Sarawak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article