Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Amar Douglas Unggah Embas menerima cenderamata daripada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), YBhg Tan Sri Datuk Dr Yusof Basiron selepas menyempurnakan Majlis Perasmian “Reach and Remind Friends of The Industry Seminar 2016 Dialogue” di Kuching pada 2 Februari 2016.
Program yang bertemakan “Creating Greater Market Opportunities in 2016” anjuran MPOC adalah sebagai platform untuk para penggiat industri sawit bertemu serta berdialog dengan YB Datuk Amar Douglas bagi membincangkan cabaran-cabaran serta peluang yang ada dalam industri ini dari semasa ke semasa.
Selain itu, penggiat industri sawit juga berpeluang membincangkan trend serta berkongsi pandangan, idea dan isu-isu yang timbul dalam industri ini dari pelbagai aspek.
Turut hadir ialah, Timbalan Ketua Setiausaha (Komoditi) kementerian, YBhg Datuk M. Nagarajan, Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit, YBhg Datuk Dr. Choo Yuen May dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit, YBhg Tan Sri Dr. Yusof Basiron.