Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkunjung ke Program Jiwa Murni di Kampung Jangkar, Sematan setelah selesai melawat ke Pos Gabungan Biawak, Sematan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) pada 12 Februari 2016.
Program Jiwa Murni merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh ATM untuk memberi khidmat kesihatan kepada masyarakat terutama mereka yang tinggal jauh dari kawasan bandar dan sukar untuk mendapatkan kemudahan perubatan, kesihatan dan pergigian.
Justeru, melalui program ini, ATM akan memberi tumpuan terhadap penyaluran khidmat perubatan secara terus kepada masyarakat luar bandar.
Turut mengiringi lawatan beliau ke Sematan ialah, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Wira Mohd Johari Baharum dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YB Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.