- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Timbalan Perdana Menteri Raikan Sambutan Tahun Baru Cina 2016 Anjuran MBKS

Must read

Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama tetamu kehormat yang lain mengaul “Yee Sang” sebagai simbolik pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2016 anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan bertempat di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan pada 20 Februari.

Pada majlis tersebut, beliau menekankan pentingnya penyertaan dari kaum lain dalam meraikan setiap perayaan yang telah pun sebati dalam budaya dan kehidupan rakyat Malaysia.

Sementara dalam teks ucapan Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem yang disampaikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti , YB Dato Sri Wong Soon Koh berkata rakyat di luar bandar juga berhak untuk menikmati kehidupan seperti penduduk banda.

Hasilnya, kerajaan telah pun memperkenalkan Program Transformasi luar bandar bagi menyediakan lebih banyak kemudahan di kawasan tersebut.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article