- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

Majlis Pra-Pelancaran Gabungan Rakan Entrepreneur Aspirasi Terhebat (GREAT) 2016

Must read

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi  Abdul Ghani melakukan gimik pelancaran Gabungan Rakan Entrepreneur Aspirasi Terhebat (GREAT) 2016 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 4 Mac 2016.

Turut mengiringi beliau ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan merangkap Pengerusi Malaysian Global Innovation dan Creativity Centre (MaGIC), YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah.

GREAT adalah inisiatif Kementerian Kewangan dan Pejabat Pembangunan Keusahawanan Nasional (NEDO) dengan kerjasama Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) dan Kerajaan Negeri Sarawak.

GREAT merupakan salah satu contoh Strategi Lautan Biru (NBOS) untuk membina ekosistem keusahawanan negara yang kukuh dan dinamik.

Ia menyediakan akses kepada program-program usahawan, bengkel khas, seminar serta program berkonsep perkongsian info dan pengalaman.

Sehubungan itu, YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah memaklumkan bahawa, GREAT akan menganjurkan perhimpunan terbesar para usahawan, startups dan pelabur di Sarawak yang akan bermula daripada 2 hingga 3 April 2016

Manakala Majlis Pelancaran GREAT 2016 akan diadakan pada 3 April 2016 di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article