- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Sejiwa Senada 2016 di Kapit

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem membuat kejutan kepada hadirin dengan menyanyikan lagu kegemaran beliau sebaik sahaja beliau dan isteri YABhg Datin Patinggi Dati Hajah Jamilah Haji Anu tiba untuk merasmikan Program Sejiwa Senada Bahagian Kapit yang diadakan di Stadium Terbuka Kapit pada 5 Mac 2016.

Antara yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Numpang, Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, Menteri Kemajuan Tanah YB Tan Sri Dr. James Jemut Masing, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah YB Datuk Alexander Nanta Linggi dan Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Dalam ucapan perasmian, Ketua Menteri mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri memperuntukkan dana sebanyak RM1 juta bagi membangunkan Nanga Merit, sebuah daerah kecil dalam bahagian Kapit.

Peruntukan tersebut bertujuan untuk menghidupkan semula Nanga Merit yang mengalami penurunan populasi kerana ramai penduduk yang telah berhijrah keluar.

Selain itu, menurut Ketua Menteri, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk melaksanakan projek penggantian sistem paip lama di bandar Kapit.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sijil pelantikan kepada 44 orang Ketua Kaum Bahagian Kapit, sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Petronas kepada beberapa pertubuhan sukarela dan kebajikan di Kapit dan Warta Rizab Bumiputera Seksyen 6, Kanun Tanah Negeri kepada 24 orang penerima.

Bahagian Kapit adalah lokasi ke-lima Program Sejiwa Senada yang telah berlangsung dari 4 hingga 6 Mac 2016.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article