- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pelancaran Projek Pan Borneo Sarawak Bagi Jajaran Bulatan Serian hingga Simpang Pantu

Must read

Perdana Menteri YAB Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Abdul Razak menunjukkan jarak antara Bulatan Serian-Simpang Pantu pada Majlis Permulaan Kerja Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Jajaran Bulatan Serian ke Simpang Pantu pada 13 Mac 2016 di Bahagian Serian.

Pakej Jajaran Bulatan Serian ke Simpang Pantu sepanjang 75 kilometer merupakan sebahagian daripada pakej yang dilaksanakan di bawah pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak sepanjang 1,089 km melalui model Project Delivery Partner (PDP)

Pakej tersebut melibatkan naiktaraf jalan sedia ada dari dua lorong dua hala (single carriageway) kepada empat lorong dua hala (dual carriageway) termasuklah pembinaan 3 persimpangan bertingkat iaitu di Serian dan Simunjan, 10 jambatan, 1 kawasan hentian yang terletak di Balai Ringin, 84 hentian bas, 8 jejantas dan 39 pusingan – P. Proses pembinaan pakej ini yang bermula pada Mac 2016 ini dijangka siap pada suku kedua 2020 dan mengambil masa selama 51 bulan.

Projek yang dibiayai oleh kerajaan persekutuan ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam meningkatkan jariangan infrastruktur di Sabah dan Sarawak. Apabila siap kelak, Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak sepanjang 2,325 km akan menjadi infrastruktur utama dan menjadi pemangkin  pertumbuhan ekonomi, membuka laluan perniagaan baharu dan peluang pekerjaaan kepada kedua buah negeri.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article