Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan Sarawak YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg menyempurnakan simbolik perasmian Program Temuduga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 26 Mac 2016.
Turut kelihatan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani (dua, kiri), Menteri Sumber Manusia YB Datuk Seri Richard Riot Jaem (empat, kiri), Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Dato’ Sri Abdul Wahid Omar (dua, kanan) dan Menteri Kerja Raya YB Datuk Seri Haji Fadillah Haji Yusof (kanan).