- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Surat Pembubaran DUN Sarawak Akan Dihantar Kepada SPR

Must read

Speaker Dewan Undangan Negeri, YB Datuk Amar Hj Mohamad Asfia Awang Nasar memaklumkan, surat pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah ditandatangani oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada 31 Mac 2016 dengan DUN secara rasminya akan dibubar pada 11 April 2016.

Sehubungan itu, beliau akan menghantar surat berkenaan pembubaran tersebut kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), YB Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah pada hari ini (1 April 2016).

Ini bagi membolehkan SPR menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi yang mana perkara tersebut adalah terletak di bidang kuasa mereka.

Pada perkara berkaitan, beliau memberitahu bahawa DUN Sarawak adalah dewan yang tertua di Malaysia dengan mesyuarat kabinet yang pertama kalinya diadakan pada 8 September 1867  di Bintulu, Sarawak.

Ketika itu, Sarawak hanya mempunyai 71 buah kerusi namun jumlah tersebut telah meningkat kepada 82 buah kerusi pada hari ini.

YB Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Awang Nasar berkata  tarikh pembubaran DUN pada 11 April begitu istimewa kerana angka 11 bersamaan dengan jumlah penambahan 11 kerusi yang baharu bahkan pilihan raya kali ini adalah yang ke-11.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article