- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Majlis Perasmian Program Sejiwa Senada Di Sri Aman

Must read

Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem melakukan gimik pelancaran Program Sejiwa Senada di Padang Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) Lama, Sri Aman pada 10 April 2016.

Program Sejiwa Senada di Sri Aman adalah edisi ke-8 selepas menjelajah ke tujuh lokasi yang bermula daripada Miri dan seterusnya di Sibu, Sarikei, Saratok, Kapit, Mukah dan Limbang.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 8 hingga 10 April itu telah dihadiri lebih kurang 30,000 orang pengunjung di sekitar Sri Aman.

Sempena program Sejiwa Senada, pelbagai aktiviti diadakan seperti pameran, pentas rakyat, persembahan hiburan, showcase usahawan Sarawak dan beberapa aktiviti lain melibatkan penyertaan masyarakat setempat, pemimpin dan juga para penjawat awam.

Sehubungan itu, hadiah-hadiah lumayan yang bernilai lebih daripada RM150,000 telah menjadi daya tarikan pengunjung untuk berkunjung ke Program Sejiwa Senada di Sri Aman.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article