- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Majlis Pelancaran Program Sejiwa Senada Di Kota Samarahan

Must read

Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem melakukan simbolik pelancaran Program Sejiwa Senada Edisi ke-9 di Kota Samarahan pada 16 April 2016.

Sempena majlis perasmian, Timbalan Perdana Menteri dalam ucapan amanat beliau memaklumkan bahawa, penggunaan istilah “lain-lain kaum” dalam semua dokumen dan borang rasmi kerajaan bagi etnik Bumiputera Sarawak telah dimansuhkan.

Jelas beliau, pemansuhan istilah tersebut adalah sebahagian daripada 53 prinsip dan tindakan yang diperjuangkan oleh Ketua Menteri Sarawak.

Dalam pada itu, arahan pemansuhan terhadap istilah tersebut juga sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), YBhg. Dato’ Sri Sulaiman Keling.

Timbalan Perdana Menteri dalam ucapan amanat beliau berharap agar hubungan baik antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri akan dapat diteruskan agar lebih banyak projek pembangunan dapat dibawa ke negeri ini.

Sementara itu, Ketua Menteri menyifatkan kedatangan pemimpin utama Negara dengan kerap ke negeri ini adalah bukti menunjukkan Kerajaan Pusat besungguh-sungguh mahu memastikan pembangunan terus diperhebatkan di negeri ini.

Sempena program Sejiwa Senada di Kota Samarahan, pelbagai aktiviti diadakan seperti pameran, pentas rakyat, persembahan hiburan, showcase usahawan Sarawak dan beberapa aktiviti lain melibatkan penyertaan masyarakat setempat, pemimpin dan juga para penjawat awam.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article