- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Majlis Perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sibu

Must read

Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melakukan gimik pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sibu di perkarangan Pasar Sentral Sibu pada 22 April 2016.

Turut kelihatan bersama beliau ialah Menteri Kewangan Kedua, Dato Sri Wong Soon Koh (ketiga, kiri), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun (kedua, kiri), Calon Langsung BN Kerusi Pelawan Kapitan, Datuk Janet Lau, (pertama, kanan) Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi  Abdul Ghani (kedua, kanan) dan Pengarah Unit Strategi Nasional Kementerian Kewangan Malaysia, Dr Aminuddin Hassim (pertama, kanan).

Bermula pada 9 Disember 2015, medan letak kenderaan di bangunan bertingkat di Pasar Sentral Sibu dengan keluasan 91,432 kaki persegi mula diubahsuai untuk dijadikan sebagai pusat UTC.

Tiga bulan kemudian iaitu pada 9 Mac 2016, medan letak kenderaan tersebut sudah bertukar wajah dan menjadi tempat yang indah dan menarik dengan wujudnya UTC.

UTC di Sibu adalah pusat yang ke-14 di Malaysia dan ke-3 di Sarawak selepas Kuching dan Miri dengan menempatkan sebanyak 14 agensi kerajaan dan swasta untuk memberikan pelbagai perkhidmatan kepada rakyat setempat.

Timbalan Perdana Menteri dalam ucapan beliau menjelaskan bahawa UTC yang diwujudkan itu adalah salah satu daripada program transformasi kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan beban rakyat di bandar.

Sementara itu, Ketua Menteri melalui teks ucapan beliau yang dibaca oleh Dato Sri Wong Soon Koh berkata bahawa UTC adalah satu projek di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat.

Beliau bersyukur dan bangga kerana Kerajaan Pusat sangat memahami, malah begitu prihatin terhadap keperluan penduduk di negeri Sarawak.

Sejak beroperasi sepenuhnya pada 21 Mac yang lalu, UTC Sibu telah menerima seramai 32, 292 pengunjung.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article