- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Pelan Strategik Pencegahan Rasuah Untuk Jabatan Tanah dan Survei Sarawak

Must read

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS) telah mengambil langkah proaktif dalam usaha meningkatkan integriti dan keyakinan rakyat dengan mewujudkan satu pelan yang dikenali sebagai Pelan Strategik Pencegahan Rasuah (PSPR) yang telah digubal pada bulan Oktober 2015 dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II dan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan berkata PSPR yang diwujudkan itu adalah sebagai satu garis panduan terhadap pelaksanaan pelan tindakan dalam usaha mencegah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara bersepadu dan berterusan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan simbolik pelancaran pelan tersebut sempena Hari Inovasi dan Integriti JTS pada 18 Mei 2016 di Kuching.

Berkaitan dengan PSPR juga, Pengarah Jabatan Tanah Dan Survei Sarawak, YBhg Datu Sajeli Kipli berkata bagi memastikan kejayaan pelaksanaan PSPR ini, JTS akan melantik seorang Pegawai Integriti bertauliah untuk memimpin, memantau dan memastikan tidak akan berlakunya sebarang gejala rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasa.

Hari Inovasi Dan Integriti JTS pada tahun ini bertema “Menjunjung Integriti, Menyemarakkan Inovasi” membawa maksud, setiap inovasi yang terhasil daripada cetusan idea kreatif perlu mengambil kira nilai integriti sebagai panduan utama.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article