Pengurus Besar Lembaga Air Kuching (LAK) Sabari Shakeran (berbaju biru) melepaskan peserta-peserta Larian Kesedaran Air (Water Awareness Run) Lembaga Air Kuching 2016 yang bermula di perkarangan Ibu Pejabat Pejabat LAK pada 28 Mei.
Seramai 677 peserta yang terdiri daripada kakitangan LAK dan orang awam menyertai larian sejauh 5.7 kilometer yang diadakan sempena Hari Air Sedunia (World Water Day) 2016 yang bertemakan ‘Water and Jobs’.
Larian yang diadakan juga adalah sebagai platform untuk LAK melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam memberi sumbangan kepada badan-badan kebajikan di Sarawak.
Hari Air Sedunia disambut setiap tahun pada 22 Mac.