Upacara Angkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baharu menyaksikan lapan puluh dua (82) orang ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN) mengangkat sumpah menerima jawatan masing-masing di Dewan Persidangan, Dewan Undangan Negeri hari ini.
Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengetuai Upacara Angkat Sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, YB Datuk Amar Mohd Afsia Awang Nasar.
Turut serta dalam upacara angkat sumpah kali ini ialah 11 orang wakil rakyat yang telah memenangi kawasan Dewan Undangan Negeri baharu sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 baru-baru ini.
Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-18 bermula 7 Jun hingga 15 Jun 2016 di Dewan Undangan Negeri Sarawak.